Kami berkongsi beberapa maklumat tentang Pelaburan dan Ekonomi:
- Pasaran saham di seluruh dunia berakhir lebih tinggi minggu ini apabila pelabur mula bersetuju bahawa kenaikan kadar faedah sememangnya berfungsi menurunkan inflasi.
- Di Malaysia, keputusan Bank Negara menaikkan lagi kadar faedah sebanyak 25 mata asas minggu lepas — dipercayai yang terakhir bagi tahun ini.
- Beberapa berita (pelaburan) menarik minggu lepas;
- NTT mengumumkan pusat data nya yang ke-6 di Cyberjaya dengan pelaburan lebih AS$50 juta.
- XP Power melabur RM228 juta bina kilang pembuatan terbesar di Perak.
- PETRONAS umum penemuan minyak di Suriname.
- Raiz membantu anda menyimpan & melabur – berjaya menyimpan 5% daripada gaji anda adalah lebih baik daripada memperoleh pulangan 5%. Mempunyai disiplin menabung secara konsisten adalah lebih baik dalam membantu meningkatkan kedudukan kewangan anda (daripada kesibukan memilih pengurus dana yang terbaik).
Anda tahu?
Malaysia merupakan pasaran paling menguntungkan Mobile Legends, dengan pemain Malaysia membelanjakan AS$87.5 juta dalam permainan ini.
Itu adalah 17% jumlah pendapatan Mobile Legends.
Maklumat Penting
Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.
Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.
Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.
Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.
Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).