Kelebihan Purata Kos Ringgit (“Ringgit Cost Averaging”)

Click here for English

12-10-2021

Pasaran naik dan turun. Ini normal dan dikenali sebagai risiko pasaran. Pelaburan akan menjadi sangat mudah jika seseorang boleh meramalkan masa yang terbaik untuk membeli atau menjual. Tetapi ini agak mustahil!

Falsafah Raiz ialah melabur jumlah yang kecil secara konsisten – walaupun di pasaran yang sedang jatuh – kerana ini dapat membantu anda menghadapi naik turun pasaran dan merupakan salah satu kunci untuk pulangan pelaburan yang lebih sihat dalam jangka masa panjang. Ini adalah prinsip yang dikenali ramai sebagai Purata Kos Ringgit.

Bagaimanakah ia berlaku? Sebagai contoh, katakan anda mempunyai RM1,000 untuk melabur. Daripada melaburkan kesemuanya dalam satu masa, anda boleh melaburkan RM100 setiap bulan selama 10 bulan, walaupun terdapat perubahan dalam nilai pasaran.

Sekiranya nilai saham bernilai RM10 pada bulan pertama, anda akan membeli 10 unit. Sekiranya pada bulan kedua bernilai RM5, anda akan membeli 20 unit, dan seterusnya.

RM100 / RM10 = 10 unit.

RM100 / RM5 = 20 unit.

Anda akan membeli lebih banyak saham apabila harga lebih rendah dan lebih sedikit saham ketika harga lebih tinggi. Hasilnya adalah anda telah melabur dengan lebih cermat daripada melaburkan wang anda semuanya sekaligus pada ketika mungkin nilai pasaran tinggi.

Mari kita lihat kelebihan utama lain Purata Kos Ringgit:

 

Tiada masa yang buruk

Cuba untuk memilih masa yang terbaik untuk membeli atau menjual adalah merupakan sesuatu yang sangat sukar untuk dilakukan.

Sekiranya pelabur mempunyai pilihan untuk mempunyai kuasa ajaib, pelabur sudah pastinya memilih untuk tahu nilai terendah sesuatu saham! Banyak yang telah mencuba, ada yang berjaya dan gagal. Tidak ada juga yang dapat menghentikan kejutan yang tidak diingini dari berlaku.

Purata Kos Ringgit adalah strategi yang berdisiplin kerana memastikan anda tidak terlalu terkesan akibat kejatuhan pasaran ketika anda membeli pada harga tinggi; dan memberi kelebihan kepada anda apabila pasaran pulih, kerana membeli ketika pasaran sedang jatuh.

Dengan tidak bergantung pada ramalan, Purata Kos Ringgit dapat meredakan kesan turun naik pasaran.

 

Mengurangkan risiko

Purata Kos Ringgit paling memberi kesan dalam strategi pelaburan jangka panjang. Ia mengurangkan risiko pasaran anda daripada meramal turun naik pasaran.

Kesempatan membeli ketika pasaran sedang jatuh dapat meningkatkan potensi pulangan jangka panjang anda dengan ketara ketika pasaran kembali pulih.

 

Pelaburan tanpa mengikut emosi

Kita selalu membuat keputusan mengikut emosi untuk mengelakkan kerugian. Pelabur lebih cenderung untuk mengelakkan kerugian daripada memperoleh keuntungan.

Kajian menunjukkan bahawa kerugian adalah dua kali lebih kuat kesannya secara psikologi daripada keuntungan. Ini menyebabkan pelabur yang lebih cenderung untuk mengelakkan kerugian, akan melakukan kesalahan menjual pegangan saham pada nilai yang rendah.

Propaganda media atau spekulasi merupakan perangkap pelaburan. Pelabur dapat menghindari perangkap emosi ini dengan Purata Kos Ringgit.

Strategi Purata Kos Ringgit inilah falsafah pelaburan Raiz. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!

 


Maklumat Penting 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).