Kebenaran tidak selalunya benar 💯 (minggu berakhir 01/03/2022)

Click here for English

 

Kami berkongsi beberapa maklumat tentang Pelaburan dan Ekonomi:

  • Pencerobohan Rusia di Ukraine telah menyebabkan pembuat dasar polisi, syarikat-syarikat dan pasaran saham menjadi tidak menentu.
  • Walaupun pencerobohan Rusia telah menggegarkan pasaran, sejarah memberitahu kita bahawa risiko geo-politik tidak memberi kesan kepada pasaran dalam jangka masa panjang. Dari segi sejarah, terdapat sedikit korelasi antara peristiwa geo-politik utama dan pergolakan pasaran. Pasaran saham di seluruh dunia mengalami kenaikan yang kukuh pada akhir minggu lepas.
  • AS, UK, EU dan Kanada telah mengumumkan bahawa beberapa bank Rusia akan terputus dari perkhidmatan transaksi kewangan global utama SWIFT, dan bank pusat Rusia akan dinafikan akses kepada banyak rizab asingnya.  Mari kita lihat bagaimana pasaran akan bertindak balas minggu ini.
  • Kita boleh melihat sejarah sebagai panduan, tetapi tidak ada yang pasti – masa lalu bukan boleh dijadikan ramalan untuk masa depan. Berpegang kepada strategi simpanan & pelaburan anda dan kekal disiplin boleh membuatkan usaha anda berbaloi apabila pasaran membuat pembetulan kerana peristiwa geo-politik biasanya hanya sementara.

 

Tahukah Anda?

Risiko Geo-politik

Ia boleh dilihat sebagai hubungan antara negara di peringkat politik, ekonomi atau ketenteraan. Risiko berlaku apabila terdapat ancaman kepada hubungan normal antara negara atau rantau.

 


Maklumat Penting 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).