Kami berkongsi beberapa maklumat tentang Pelaburan dan Ekonomi:
- Porsche, buat pertama kalinya, akan menjual 911 juta sahamnya kepada orang ramai (atau proses ini dipanggil Tawaran Awam Permulaan, IPO) bernilai AS$9.4bilion.
- Sentimen pelabur dalam pasaran saham lemah sejak beberapa hari lalu kerana beberapa bank pusat dunia yang dijadualkan bermesyuarat minggu ini dijangka menaikkan kadar faedah di seluruh dunia.
- Ringgit terus lemah di atas kenaikan berterusan dolar AS.
- Semalam ia mencecah paras 4.55 (AS$1 = RM4.55), terendah sejak krisis kewangan Asia 1997.
- Belanjawan negara yang akan datang (akan dibentangkan pada 7 Okt) akan memberi keutamaan pada mengekalkan momentum pemulihan ekonomi semasa, meneruskan pembaharuan untuk meningkatkan kebajikan rakyat, dan membina daya tahan bagi memastikan Malaysia bersedia menghadapi sebarang cabaran masa depan – Tengku Zafrul.
- Aduan dan pertanyaan mengenai penipuan pelaburan (scam) melonjak dalam tempoh dua tahun COVID-19 – SC.
- Petua kepada pelabur: mana-mana entiti yang mendakwa sebagai firma pelaburan di Malaysia, mesti mempunyai lesen oleh SC. Anda boleh menyemak di sini dengan mudah: https://easy.seccom.com.my:8222/.
- Raiz membantu anda menyimpan & melabur – berjaya menyimpan 5% daripada gaji anda adalah lebih baik daripada memperoleh pulangan 5%. Mempunyai disiplin menabung secara konsisten adalah lebih baik dalam membantu meningkatkan kedudukan kewangan anda (daripada kesibukan memilih pengurus dana yang terbaik).
Anda tahu?
Markah Kredit
Ia adalah skor kelayakan kredit anda. Pemberi pinjaman (seperti bank) menggunakan markah untuk menilai kebarangkalian bahawa anda akan membayar balik pinjaman anda tepat pada masanya.
Semakin tinggi skor, semakin mudah anda mendapatkan pinjaman.
Maklumat Penting
Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.
Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.
Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.
Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.
Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).