Inflasi Malaysia meningkat kepada 4.4% pada Julai. (minggu berakhir 30/08/2022)

Click here for English

Kami berkongsi beberapa maklumat tentang Pelaburan dan Ekonomi:

  • Inflasi Malaysia pada bulan Julai lepas telah mencecah 4.4% – tertinggi sejak Mei tahun lepas.
    • Faktor utamanya disebabkan oleh kenaikan harga makanan.
    • Terdapat kemungkinan untuk satu lagi kenaikan kadar faedah oleh Bank Negara pada mesyuarat minggu depan.
    • Sebagai perbandingan, inflasi negara Türkiye pada bulan Julai lepas adalah 79.6% – tertinggi dalam 24 tahun.
  • Kami melihat kejatuhan pasaran saham global sekali lagi semalam (sejak Jumaat lepas) akibat kemungkinan kenaikan kadar faedah AS & Eropah yang lebih agresif di masa hadapan.
    • Jerome Powell dari Rizab Persekutuan AS berkata pada Jumaat lalu bahawa ekonomi AS memerlukan dasar monetari yang ketat “untuk beberapa lama” sebelum inflasi terkawal.
    • Komen agresif beliau telah menjejaskan harapan bahawa Fed mungkin beralih kepada pendekatan yang lebih lembut selepas data baru-baru ini mencadangkan inflasi sudah mula berkurangan.
  • Raiz membantu anda menyimpan & melabur – berjaya menyimpan 5% daripada gaji anda adalah lebih baik daripada memperoleh pulangan 5%. Mempunyai disiplin menabung secara konsisten adalah lebih baik dalam membantu meningkatkan kedudukan kewangan anda dalam jangka masa panjang daripada kesibukan memilih pengurus dana yang terbaik.

 

Ingat

Sama juga dalam kehidupan, pasaran saham ada turun naiknya. Apabila ia berlaku, tarik nafas dalam-dalam, bertenang dan fikir secara waras.

Sedangkan pokok tidak tumbuh tanpa hujan.

 


Maklumat Penting 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).