“In the black” – dan TIGA perkara yang anda perlu tahu minggu ini (minggu berakhir 13/12/2022).

Click here for English

Kami berkongsi beberapa maklumat tentang Pelaburan dan Ekonomi:

TIGA perkara yang anda perlu tahu – minggu ini;

  1. Sapura Energy Bhd kembali mencatat keuntungan, dengan untung bersih RM10.18 juta pada suku ketiga berakhir 31 Oktober 2022 berbanding kerugian bersih RM669.34 juta pada suku yang sama tahun lalu.
  2. Pengasas Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow meninggal dunia semalam pada usia 92 tahun. Beliau meninggalkan Malayan Banking pada tahun 1966 untuk menubuhkan Public Bank seterusnya mengembangkannya sehingga menjadi kumpulan perbankan ketiga terbesar di negara ini (selepas Maybank dan CIMB). Public Bank juga kini merupakan syarikat kedua terbesar di Bursa Malaysia dengan modal pasaran sebanyak RM85 bilion.
  3. Saham-saham AS naik mendadak semalam walaupun berakhir dengan kerugian pada Jumaat lepas. Minggu ini, pelabur sedang menunggu data inflasi utama dan keputusan kadar faedah dari Bank Pusat AS (Fed). Data inflasi itu dijangka membantu menentukan halatuju kadar faedah seterusnya untuk beberapa bulan akan datang. Pelabur juga menjangkakan kenaikan 0.5% pada kadar faedah Fed.

Raiz membantu anda menyimpan & melabur – berjaya menyimpan 5% daripada gaji anda adalah lebih baik daripada memperoleh pulangan 5%. Mempunyai disiplin menabung secara konsisten adalah lebih baik dalam membantu meningkatkan kedudukan kewangan anda (daripada kesibukan memilih pengurus dana yang terbaik).

 

Anda tahu?

“In the black”

Jika sesebuah syarikat itu membuat keuntungan, ia dikatakan “in the black”.

Jika dalam kerugian, ia dianggap “in the red”.

 


Maklumat Penting 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).