“Hari Bitcoin” El Salvador

14-09-2021 – Berikut adalah beberapa maklumat berkenaan Pelaburan dan Ekonomi:

  • “Hari Bitcoin” El Salvador – Forbes.
    • El Salvador secara rasmi menjadi negara pertama di dunia yang menerima pakai Bitcoin sebagai mata wang yang sah.
    • 6.5 juta penduduknya boleh membayar cukai dan pinjaman dengan mata wang kripto ini dan membolehkan perniagaan di seluruh negara menerimanya sebagai pembayaran.
    • Menjelang “Hari Bitcoin”, negara itu telah membeli 400 bitcoin bernilai anggaran AS$21 juta dan melancarkan beratus-ratus ATM bitcoin.
    • Walau bagaimanapun, keputusan untuk menjadi ekonomi dunia pertama menerima pakai bitcoin tidak membantu nilai mata wang kripto itu. Dalam masa beberapa jam setelah diumumkan, pasaran kripto mengalami gelombang penjualan besar-besaran.
  • 11 syarikat Malaysia berjaya tersenarai di Syarikat Terbaik Bawah AS$1 Bilion 2021 oleh Forbes Asia.
    • Senarai itu mengiktiraf 200 syarikat senaraian awam bersaiz kecil dan sederhana di Asia Pasifik yang mencatatkan jualan di bawah AS$1 bilion.
    • Syarikat-syarikat Malaysia ialah Comfort Gloves Bhd, D&O Green Technologies Bhd, Dancomech Holdings Bhd, Dufu Technology Corp Bhd, FoundPac Group Bhd, Frontken Corp Bhd, Revenue Group Bhd, Scientex Bhd, Thong Guan Industries Bhd, UG Healthcare Corp dan ViTrox Corp Bhd.
  • Harga minyak naik ke paras tertinggi enam minggu. Harga aluminium pula mencecah AS$3,000 satu tan buat kali pertama sejak 2008 – The Star.
  • Kestabilan politik – parlimen akan kekal sehingga Julai 2022 di bawah MoU Kerajaan-Pembangkang – The Edge.
    • Malaysia mungkin tidak akan menyaksikan pilihan raya umum ke-15 sehingga Ogos 2022 paling awal, berdasarkan memorandum bersejarah mengenai transformasi politik dan kestabilan antara gabungan kerajaan persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) semalam.
    • Memorandum bersejarah ini akan membolehkan Malaysia menumpukan semula usaha memerangi Covid-19 dan kesan pandemik ini.

 

Adakah anda tahu?..

Apabila anda “melabur”, anda sebenarnya membeli unit-unit. Harga seunit bergerak naik dan turun mengikut pergerakan pasaran saham semasa.

Apabila anda membuat “pengeluaran”, anda sebenarnye menjual unit-unit anda.

 


Maklumat Penting 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).