Simpanan (dan Pelaburan) untuk Kecemasan

08-06-2021

“Sediakan payung sebelum hujan.” 

Tahniah kerana berjaya sampai hari ke-2 Pendidikan Pelaburan kami! Sekarang apabila anda sudah fahami asas kewangan, anda sudah bersedia untuk melangkah ke tahap seterusnya – membuat belanjawan dan mula menyimpan.

Anda akan sedar apabila anda mula menyimpan, walau sedikit sekalipun, tetapi berterusan, tabung anda akan dapat bertambah dari semasa ke semasa tanpa anda sedari!

 

Perkataan Hari Ini: Tabung Kecemasan

Wang yang disimpan untuk waktu kecemasan yang mungkin berlaku pada bila-bila masa. Contohnya, ketika pandemik COVID-19.

 

Ingat 3 nombor ini – 50/30/20

Prinsip yang mudah dipraktikkan:

  • Keperluan anda (50%).
  • Kehendak (30%).
  • Simpanan dan pelaburan (20%).

Nombor ini tidak semestinya tetap. Namun, ia memberikan asas yang kuat untuk membina tabiat kewangan yang sihat untuk membantu anda mencapai matlamat anda. Contohnya, apabila krisis berlaku dan wang untuk perbelanjaan keperluan terhad, anda mungkin perlu mengurangkan bahagian wang untuk simpanan buat sementara waktu.

 

Perbaiki belanjawan anda

Sekiranya anda melihat gambaran belanjawan anda secara umum, anda akan segera melihat bahawa terdapat beberapa jenis pengeluaran wang dari gaji anda seperti ini:

  1. Pelaburan / tabung kecemasan.
  2. Keperluan yang tidak boleh diubah.
  3. Keperluan yang boleh dikawal.
  4. Bukan keperluan.

Kuncinya adalah untuk menghasilkan belanjawan dengan mencari alternatif dan pilihan untuk berbelanja.

Sebagai contoh:

  • Ramai rakyat Malaysia lupa bahawa bil asas rumah seperti internet dan telefon semuanya boleh ditukar. Dengan menukar kepada yang lebih murah, anda dapat menjimatkan ratusan perbelanjaan tahunan anda dengan mudah!
  • Beli secara pukal. Anda mungkin kelihatan seperti orang gila untuk seketika, tetapi ini benar-benar dapat menjimatkan wang perbelanjaan anda.
  • Cuba bayar awal atau tepat pada masanya – sebilangan penyedia servis akan memberikan potongan untuk pembayaran tepat pada waktunya dan mengelakkan denda caj yang lewat (contoh: Caj tahunan untuk insurans kadangkala lebih murah daripada bulanan).

 


Maklumat Penting

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).