Kami berkongsi beberapa maklumat tentang Pelaburan dan Ekonomi:
TIGA perkara yang anda perlu tahu – minggu ini;
- Halo dari parlimen yang tergantung. Bursa Malaysia susut mendadak semalam – turun 21 mata pada paras terendah harian. Walau bagaimanapun menjelang pasaran ditutup, ia telah melantun untuk berakhir hanya 1 mata lebih rendah pada 1,448 apabila pelabur melihat ianya sebagai tawaran menarik untuk membeli saham pada harga rendah kerana melihat ianya hanya sebagai kelemahan sementara dalam pasaran.
- Grab berjaya mengurangkan kerugian dalam tempoh Julai-September dan segmen penghantarannya telah balik modal (breakeven) buat kali pertama sejak 2012. Januari lalu, Grab membeli saham majoriti dalam rangkaian pasar raya premium Malaysia, Jaya Grocer untuk memacu pertumbuhan segmen penghantaran barangan runcitnya. Disenaraikan di Bursa Saham New York pada 21 Disember lepas, saham Grab telah jatuh kira-kira 70% sejak itu.
- Musim laporan pendapatan korporat suku ke-3 sudah tiba (untuk suku ke-3 berakhir 30 Sep 2022).
- Pos Malaysia: kerugian bersih suku ke-3 yang lebih rendah sebanyak RM33.63 juta, berbanding RM43.9 juta pada tahun sebelumnya.
- MISC: Keuntungan bersih bagi suku ke-3 meningkat dua kali ganda kepada RM820.6 juta daripada RM401 juta setahun sebelumnya.
- SP Setia: Keuntungan bersih melonjak lebih 6 kali ganda kepada RM70.18 juta pada suku ke-3 daripada RM11.01 juta pada suku yang sama tahun lepas.
- Gas Malaysia: Keuntungan bersih suku ke-3 sebanyak RM95.66 juta, meningkat 53.4% daripada RM62.36 juta pada tahun sebelumnya.
Raiz membantu anda menyimpan & melabur – berjaya menyimpan 5% daripada gaji anda adalah lebih baik daripada memperoleh pulangan 5%. Mempunyai disiplin menabung secara konsisten adalah lebih baik dalam membantu meningkatkan kedudukan kewangan anda (daripada kesibukan memilih pengurus dana yang terbaik).
Anda tahu?
Qatar telah membelanjakan sebanyak USD300 billion untuk persediaan Piala Dunia FIFA 2022 – membuatkan Piala Dunia kali ini termahal dalam sejarah.
Piala Dunia 2014 di Brazil dilaporkan melibatkan kos sebanyak USD15 billion, sementara USD11.6 billion dibelanjakan oleh Rusia untuk Piala Dunia 2018.
Maklumat Penting
Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.
Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.
Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.
Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.
Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).