Had harga minyak Rusia – dan TIGA perkara yang anda perlu tahu minggu ini. (minggu berakhir 06/12/2022)

Click here for English

Kami berkongsi beberapa maklumat tentang Pelaburan dan Ekonomi:

TIGA perkara yang anda perlu tahu – minggu ini;

  1. Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain minggu lepas.
  2.  Penggabungan Celcom dan Digi akhirnya selesai, menjadikannya syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia. KWSP dan PNB merupakan antara pelabur terbesar dalam syarikat baharu ini yang dikenali sebagai Celcom Digi.
  3. Minggu lepas, negara-negara G7, EU dan Australia bersetuju untuk menetapkan had maksimum harga minyak Rusia pada US$60 setong. Jika harga melebihi US$60, mereka tidak akan membiarkan Rusia menghantar minyaknya menggunakan kapal tangki mereka, dan mereka akan menghentikan syarikat daripada membekalkan insuran and membiayai kapal yang membawa minyak Rusia. Ini demi melemahkan keupayaan Rusia untuk terus membiayai perang di Ukraine. Rusia – yang merupakan pengeluar minyak mentah kedua terbesar di dunia – mengancam untuk menghentikan eksport minyak ke negara-negara yang terlibat. Ini mungkin mendorong harga minyak naik lebih tinggi.

Raiz membantu anda menyimpan & melabur – berjaya menyimpan 5% daripada gaji anda adalah lebih baik daripada memperoleh pulangan 5%. Mempunyai disiplin menabung secara konsisten adalah lebih baik dalam membantu meningkatkan kedudukan kewangan anda (daripada kesibukan memilih pengurus dana yang terbaik).

 

Anda tahu?

Pada 3Q22, pelaburan luar negara KWSP merangkumi 36% daripada jumlah aset pelaburannya.

Portfolio Bolehubah Raiz membolehkan anda melabur dalam saham-saham syarikat tersenarai di seluruh dunia.

 


Maklumat Penting 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).