Kami berkongsi beberapa maklumat tentang Pelaburan dan Ekonomi:
Di mana-mana, berita melaporkan tentang kemungkinan bank pusat di seluruh dunia untuk menaikkan kadar faedah untuk memerangi inflasi.
Tetapi bagaimana menaikkan kadar faedah boleh membawa kepada penurunan inflasi sebenarnya?
- Inflasi & kadar faedah sering dikaitkan.
- Inflasi merujuk kepada kadar di mana harga barangan dan perkhidmatan meningkat. Manakala kadar faedah adalah kos meminjam wang.
- Apabila kadar faedah meningkat, ini membuatkan kos mengambil pinjaman mahal sehingga pengguna cenderung untuk berjimat — dan oleh itu kurang berbelanja. Apabila pengguna kurang berbelanja, ekonomi menjadi perlahan, dengan itu mengurangkan inflasi.
- Oleh itu, pertumbuhan ekonomi lebih tinggi โ membawa kepada kadar inflasi yang lebih tinggi โ jadi bank pusat akan meningkatkan kadar faedah โ untuk mengurangkan inflasi.
- Minggu lalu menyaksikan Bank of England menaikkan kadar faedah untuk kali kedua berturut-turut.
- Bank Negara telah mengekalkan kadar faedah (atau kadar dasar semalaman, OPR) pada 1.75% dalam mesyuarat terbarunya bulan lepas. Bagaimanapun, Fitch terus menjangkakan yang BNM akan menaikkan OPR sebanyak 50 mata asas ke 2.25% tahun ini.
Tahukah Anda?
Mata Asas = unit pengukuran yang biasanya digunakan untuk mengukur kadar faedah.
Contoh: 50 mata asas = 0.5%.
Maklumatย Pentingย
Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.
Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.
Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.
Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.
Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).