Fitch Unjur Ekonomi Catat Pertumbuhan Sifar

17-08-2021 – Berikut adalah beberapa maklumat berkenaan Pelaburan dan Ekonomi:

  • Fitch, agensi penarafan kredit global, menyemak semula unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia 2021 kepada 0% daripada 4.9% sebelumnya – The Edge.
    • Ia menyatakan risiko penurunan selanjutnya terhadap unjuran tersebut memandangkan tahap risiko politik yang tinggi sejak awal separuh kedua 2021 (Julai hingga Dis 2021 atau 2H21).
    • Semakan semula oleh Fitch adalah beberapa hari selepas Bank Negara menurunkan unjuran pertumbuhan 2021 kepada antara 3% – 4%, daripada 6% – 7.5% sebelumnya.
  • Ketua Penyelidikan RakutenTrade, Kenny Yee, berkata nilai hampir kesemua 10 saham utama di FBM KLCI telah “ditindas” hanya akibat penjualan melampau oleh dana asing – The Star.
    • Akibatnya, saham-saham ini kini didagangkan di bawah nisbah harga-kepada-pendapatan (PE) mereka sebelum ini.
    • Yee juga berkata penilaian saham-saham di Bursa Malaysia menjadi menarik tetapi tidak banyak yang mahu membeli.
  • Unit FGV Holdings Bhd (FGV) bekerjasama dengan Felcra Bhd dan Baladna Food Industries Qatar untuk menerokai peluang bekerjasama menjadikan FGV Chuping Agro Valley di Perlis sebagai salah satu hab agro terkemuka di Malaysia – The Star.
    • FELDA miliki 81% saham FGV.
    • Baladna Food Industries merupakan pengeluar tenusu terbesar Qatar.
  • Saudi Aramco dalam perbincangan lanjut untuk memperolehi kepentingan dalam perniagaan penapisan minyak dan kimia milik Reliance Industries Ltd India – The Star.
    • Aramco sedang membincangkan pembelian kira-kira 20% kepentingan dalam unit Reliance itu bernilai kira-kira AS$20bil (RM84.72bil) hingga AS$25bil (RM106bil) saham Aramco melalui “perjanjian semua saham”. Ini akan memberikan Reliance sekitar 1% kepentingan dalam Aramco.
    • Saudi Aramco adalah pengeksport minyak terbesar di dunia dengan nilai pasaran kira-kira AS$1.9 trilion (RM8.04 trilion).

 

Definisi Minggu Ini: Perjanjian Semua Saham (All-stock Deal)

Dalam penggabungan & pengambilalihan (M&A), perjanjian semua saham adalah dimana pemegang saham syarikat yg diambilalih menerima saham-saham syarikat yang mengambilalih sebagai bayaran.

 


Maklumat Penting

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).