Farm Fresh ke Bursa Malaysia (minggu berakhir 12/10/2021)

Click here for English

 

Berikut adalah beberapa maklumat berkenaan Pelaburan dan Ekonomi:

  • Farm Fresh bakal disenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia – The Edge.
    • Farm Fresh lebih dikenali sebagai syarikat perladangan tenusu tempatan. Dilaporkan bahawa tawaran awam permulaan (IPO) dijangka berlaku pada separuh pertama 2022 dengan potensi penilaian lebih RM2 bilion.
    • Farm Fresh dimiliki 30% oleh sayap pelaburan kerajaan Khazanah Nasional Bhd.
  • Bursa Malaysia meneruskan kenaikan untuk hari kelima berturut-turut. Indeks petunjuk utama, FBM KLCI ini naik ke paras tertinggi 1 bulan.
    • Isnin, 11 Okt – 1,570.8 ↑
    • Ahad, 10 Okt – cuti, pasaran saham ditutup.
    • Sabtu, 9 Okt – cuti, pasaran saham ditutup.
    • Jumaat, 8 Okt – 1,563.9 ↑
    • Khamis, 7 Okt – 1,561. 3 ↑
    • Rabu, 6 Okt – 1,559.4 ↑
    • Selasa, 5 Okt – 1,530.4 ↑
    • Isnin, 4 Okt – 1,522.5 mata
  • Kedai serbaneka 7-Eleven pertama dibuka di Mumbai, India pada Sabtu lepas – CNBC.
    • Reliance Retail Limited akan membuka rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven di India dua hari selepas menandatangani perjanjian perniagaan francais dengan 7-Eleven Inc. yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).
    • Reliance Retail dimiliki oleh Mukesh Ambani, individu terkaya di Asia.
  • AS tidak akan ingkar hutangnya… sekurang-kurangnya buat masa ini.
    • Senat negara itu mengundi 50-48 pada Khamis lalu meluluskan peningkatan had hutang negara jangka pendek, hanya cukup untuk menampung bil sehingga Disember.
    • Pasaran saham AS meningkat berikutan berita ini. Para pelabur gembira penutupan operasi pentadbiran kerajaan dapat dielakkan.
    • Had hutang kerajaan adalah jumlah wang yang boleh dipinajm oleh kerajaan untuk untuk menampung kos operasi dan aktiviti kerajaan.
    • Kerajaan AS membelanjakan lebih banyak wang daripada hasil kutipan cukai, jadi ia meminjam untuk menampung kekurangan itu. Pinjaman dilakukan menerusi Perbendaharaan AS, dengan menerbitkan bon. Bon kerajaan AS juga dilihat sebagai antara pelaburan paling selamat di dunia.

 

Anda tahu?

30% daripada keluaran duit syiling oleh Bank Negara setiap tahun akhirnya hanya terbiar di rumah, dalam balang dan laci; juga dikenali sebagai “syiling mati” – Laporan Tahunan BNM 2020.

 


Maklumat Penting 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).