Falsafah Raiz – MELABUR DENGAN AMAUN YANG KECIL SECARA BERKALA

Click here for English

Di Raiz, falsafah mudah pelaburan kami ialah menyimpan & melabur sejumlah kecil secara berkala, tanpa mengambil kira keadaan pasaran.

 

Mengapa? Ini akan membantu anda menunggang naik turun pasaran dengan cara yang lebih bijak. Anda akan membeli lebih banyak saham apabila harga rendah jadi ia akan menjadi lebih menguntungkan untuk anda apabila pasaran pulih (kerana akhirnya, dalam jangka panjang, pasaran akan naik semula!). Ini adalah strategi pelaburan yang terkenal, yang dikenali sebagai Purata Kos Ringgit.

Dan juga, ia membantu anda mengelakkan diri daripada melabur dengan emosi. Ini berlaku kepada kita semua — anda tahu, apabila pasaran saham turun, anda berasa kecewa, jadi anda menjual semua pelaburan anda pada harga yang lebih rendah dan bukannya “beli rendah, jual tinggi” sedangkan ia sebenarnya peluang untuk membeli lebih banyak aset pada harga yang lebih rendah!

 

Raiz membantu anda dengan strategi ini – menyimpan & melabur duit baki harian anda secara automatik, membantu anda dengan memudahkan untuk membuat pelaburan berkala setiap hari / minggu / bulan.

Raiz membantu anda menyimpan & melabur lebih banyak – berjaya menyimpan 2% daripada gaji anda adalah lebih baik daripada memperoleh pulangan 2%. Kami tidak mempromosikan diri kami sebagai pengurus dana terbaik kerana kami percaya mempunyai disiplin menyimpan wang secara konsisten adalah lebih baik dalam membantu meningkatkan kedudukan kewangan anda dalam jangka masa panjang daripada kesibukan memilih pengurus dana yang terbaik.

 


Tiada aplikasi Raiz? 

Muat turun aplikasi Raiz secara percume: 

.

 

 

 

Maklumat Penting

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).