EMPAT perkara yang anda perlu tahu minggu ini – untuk memulakan tahun ini (minggu berakhir 10/01/2023).

Click here for English

Kami berkongsi beberapa maklumat tentang Pelaburan dan Ekonomi:

EMPAT perkara yang anda perlu tahu minggu ini;

  1. Ia merupakan permulaan yang gementar untuk tahun baru di Wall Street, tetapi ini diatasi selepas saham meningkat minggu lepas berikutan data pasaran kerja AS untuk bulan Disember yang lebih positif. Bagaimanapun, pasaran saham ditutup lebih rendah semalam.
  2. Rizab Persekutuan AS telah memperbaharui komitmen terhadap kenaikan kadar faedah sehingga inflasi turun mencapai sasaran mereka. Peningkatan harga yang kurang daripada jangkaan pada bulan November, adalah tanda terbaru bahawa inflasi yang telah sekian lama mencengkam ekonomi dunia mula melonggarkan cengkamannya. Indeks Harga Pengguna (IHP) AS pada bulan November adalah sebanyak 7.1%, dan dijangka akan turun lagi kepada 6.5% pada bulan Disember.
  3. Inflasi zon Euro kekal tinggi, walaupun ia menuju ke arah yang betul di 9.2% pada Disember lepas, turun daripada 10.1% pada Nov 2022.
  4. China telah membuka semula sempadan mereka sebelum Tahun Baharu Cina dengan pelawat tidak lagi perlu kuarantin apabila masuk. Ini boleh menjadi kunci kepada pemulihan ekonomi global pada 2023.

 

Raiz membantu anda menyimpan & melabur – berjaya menyimpan 5% daripada gaji anda adalah lebih baik daripada memperoleh pulangan 5%. Mempunyai disiplin menabung secara konsisten adalah lebih baik dalam membantu meningkatkan kedudukan kewangan anda (daripada kesibukan memilih pengurus dana yang terbaik).

 

Anda tahu?

Wall Street

Ia adalah nama jalan di daerah kewangan Manhattan di New York. Ia juga merujuk kepada pasaran kewangan Amerika Syarikat secara keseluruhan.

 


Maklumat Penting 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).