Drama belon – dan DUA lagi perkara yang anda perlu tahu minggu ini (minggu berakhir 07/02/2023).

Click here for English

Kami berkongsi beberapa maklumat tentang Pelaburan dan Ekonomi:

 

Drama belon – dan DUA lagi perkara yang anda perlu tahu minggu ini;

  1. Drama Belon. Jet pejuang Amerika Syarikat telah menembak jatuh belon, disyaki belon pengintip China pada Sabtu lepas. China menegaskan is ia adalah “kapal udara awam yang menjalankan penyelidikan cuaca” yang secara tidak sengaja hanyut ke ruang udara AS. Ini telah mengeruhkan lagi hubungan yang sudah tegang antara kedua-dua negara. AS telah membatalkan lawatan yang dirancang ke Beijing. China telah meminta AS untuk “tidak terlalu cepat melatah dan kekal tenang”. Ekuiti China jatuh pada hari Isnin. Tidak dinafikan, kejadian ini akan menjadi subjek negatif bagi pasaran.
  2. Fed menaikkan kadar faedahnya sebanyak 0.25% pada hari Rabu lepas dan menjanjikan “kenaikan berterusan” sebagai sebahagian daripada perang (yang masih belum selesai) terhadap inflasi kerana pasaran buruh kekal kukuh. Data Jumaat lepas menunjukkan 517,000 pekerjaan diwujudkan pada bulan Januari – jauh melebihi jangkaan 185,000 walaupun berlaku pemberhentian kerja dalam sektor teknologi. Ia juga mengatakan bahawa inflasi telah berkurangan sedikit tetapi kekal tinggi.
  3. Kesan daripada aktiviti pelancongan yang lebih rancak, terutamanya kemasukan pelancong dari China dan permintaan pelancongan domestik, dijangka meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia untuk 2023. Ini juga akan menyokong unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak 4% pada 2023.

 

Raiz membantu anda menyimpan & melabur – berjaya menyimpan 5% daripada gaji anda adalah lebih baik daripada memperoleh pulangan 5%. Mempunyai disiplin menabung secara konsisten adalah lebih baik dalam membantu meningkatkan kedudukan kewangan anda (daripada kesibukan memilih pengurus dana yang terbaik).

 

Anda tahu?

Pelancong dari negara China adalah yang ke-3 terbanyak melawat Malaysia.

Singapura di tempat pertama dan Indonesia kedua.

 


Maklumat Penting 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).