Dividen (atau Pengagihan Pendapatan)

Click here for English

09-03-2023

Portfolio Raiz terdiri daripada dana-dana unit amanah. Dividen, jika ada, akan diisytiharkan oleh pengurus dana masing-masing mengikut budi bicara mereka, pada bila-bila masa tanpa pengumuman terlebih dahulu. Biasanya, ia diisytiharkan pada akhir tahun kewangan dana.

Portfolio Funds
Aggressive ASN Equity 3 (80%)
ASN Sara 1 (20%)
Moderate ASN Imbang 2
Conservative  ASN Equity 3 (20%)
ASN Sara 1 (80%)
Bolehubah (“Custom”) abrdn Islamic World Equity
UOB United-i Global Balanced
UOB United-i ESG Series – High Quality Sukuk
Affin Hwang Shariah Gold Tracker
AIIMAN Money Market

 

Sebagai contoh, anda berada di Portfolio Aggressive. ASN Equity 3 mempunyai tahun kewangan berakhir pada bulan 31 Mac. Untuk ASN Sara 1, juga pada bulan 31 Mac. Jadi, jika anda memegang portfolio anda sehingga akhir bulan Mac, anda boleh menjangkakan untuk melihat dividen dimasukkan dan dilaburkan semula ke dalam akaun anda pada bulan April!

 

HARAP MAKLUM;

  1. Ini bukan dana modal terjamin atau modal terlindung. Harga unit boleh naik dan turun.
  2. Prestasi lepas dana bukanlah satu petunjuk prestasi masa depannya.
  3. Apabila dividen diumumkan, berikutan daripada agihan itu, harga seunit akan direndahkan untuk mengambil kira dividen yang telah diagihkan. Nilai pelaburan anda akan kekal tidak berubah selepas pengagihan dividen ini. Begitu juga apabila pecahan unit diumumkan, nilai pelaburan anda akan kekal tidak berubah selepas pengagihan unit-unit tambahan itu.

 


Tiada applikasi Raiz lagi?

Muat turun sekarang:

 

 

 

Maklumat Penting

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).