Di mana anda boleh melabur untuk membuat keuntungan besar, dan cepat? Kami beritahu anda.

Click here for English

Maaf, malangnya tidak ada jawapan yang sah di sini.

Tapi yang pasti, keuntungan cepat dan besar – ini confirm scam.

Cara terbaik untuk melabur wang anda adalah cara yang paling sesuai untuk anda. Untuk mengetahuinya, anda perlu mempertimbangkan gaya pelaburan anda, budget anda, dan toleransi risiko anda.

 

  1. Adakah anda mempunyai masa untuk melakukan banyak kerja rumah untuk menyelidik stok? Untuk melakukan analisis pelaburan? Paling penting, adakah anda mempunyai minat?
    Atau biarkan ia seperti autopilot kapal terbang. Anda masih akan mendapat hasil yang baik dalam jangka masa panjang, dan usaha yang diperlukan jauh lebih rendah. Anda meletakkan wang anda untuk bekerja di tempat di mana orang lain melakukan kerja keras. Dana unit amanah, atau pelaburan robo-advisor seperti Raiz, adalah contohnya.

 

  1. Berapa banyak wang yang perlu anda laburkan?
    Anda mungkin fikir anda memerlukan sejumlah besar wang untuk bermula, tetapi anda boleh mula melabur dengan hanya RM5 (sekurang-kurangnya dengan Raiz!)Pokoknya, jumlah wang untuk bermula bukanlah perkara yang paling penting. Persoalan yang lebih besar adalah untuk melabur dengan selalu dari masa ke masa, tidak kira sama ada anda bersedia dari segi kewangan atau tidak (kerana diri kita akan sentiasa memberitahu kita yang kita sentiasa tidak bersedia!) dan memberi fokus jangka panjang dan bukan hanya mencari keuntungan jangka pendek.

 

  1. Berapa banyak risiko kewangan yang anda sanggup ambil?
    Tidak semua pelaburan akan berjaya. Setiap jenis pelaburan – seperti saham, unit amanah, hartanah, emas – mempunyai tahap risiko tersendiri, tetapi risiko ini sering dikaitkan dengan pulangan. Secara amnya, semakin tinggi risiko, semakin tinggi (potensi) pulangan!Robo-advisor seperti Raiz memberi penyelesaian untuk mereka yang baru bermula dengan membuat pelan pelaburan yang mengikut toleransi risiko dan matlamat kewangan anda. Kami akan membina dan mengekalkan portfolio yang dibina daripada pelbagai jenis pelaburan untuk memaksimumkan potensi pulangan anda sambil memastikan tahap risiko yang sesuai dengan anda.

 

  1. Pokoknya, untuk melabur…
    Melabur mungkin kelihatan menakutkan, terutamanya jika anda tidak pernah melakukannya sebelum ini. Tetapi jika anda boleh memikirkan bagaimana anda ingin melabur, berapa banyak wang yang harus anda laburkan, dan toleransi risiko anda, anda akan berada dalam kedudukan yang baik untuk membuat keputusan yang bijak dengan wang anda – yang akan berkhidmat pula untuk anda pada beberapa dekad akan datang.

 

Harap kami membantu pemahaman anda untuk melabur dengan lebih pintar.

 


Kami ingin mengingatkan prestasi masa lalu tidak semestinya petunjuk untuk menentukan prestasi masa hadapan.

Raiz membantu anda menyimpan & melabur secara konsisten – walaupun dengan amaun yang kecil, supaya anda berjaya meneruskan momentum ini. Berjaya menyimpan 5% daripada gaji anda setiap bulan adalah lebih baik daripada memperoleh pulangan 5%. Mempunyai disiplin menabung secara konsisten adalah lebih baik dalam membantu menambah baik kedudukan kewangan anda (daripada kesibukan memilih pengurus dana yang terbaik).

 


Tiada aplikasi Raiz? 

Muat turun aplikasi Raiz secara percuma: 

.

 

 

 

 

Maklumat Penting

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).