Kami berkongsi beberapa maklumat tentang Pelaburan dan Ekonomi:
- Tambahan kepada angka inflasi yang membimbangkan, kebimbangan serangan Rusia ke atas Ukraine terus menggegarkan pasaran global. Rusia adalah salah satu pengeluar minyak dan gas terbesar di dunia, dan kebimbangan terhadap peperangan itu mendorong kenaikan harga minyak menghampiri AS$100 setong, tertinggi dalam 7 tahun. Indeks utama AS ditutup 1–2% lebih rendah minggu lepas. Pasaran tenaga khususnya kekal tertekan kerana Rusia bertanggungjawab untuk satu pertiga daripada bekalan gas asli Eropah dan 10% daripada pengeluaran minyak global.
- Prestasi KDNK 2021 Malaysia telah menunjukkan momentum pemulihan — tetapi ia masih di bawah paras pra-pandemik 2019 — selepas mencatatkan pertumbuhan 3.6% tahun-ke-tahun pada suku ke-4 2022 seperti diumumkan BNM pada Jumaat lepas. Angka KDNK suku ke-4 ini jelas menunjukkan turun naik “roller coaster” ekonomi Malaysia sejak pandemik bermula. Ekonomi menguncup 0.5% pada suku pertama 2021, melonjak 16.1% pada suku ke-2 dan merosot 4.5% pada suku ke-3.
Tahukah Anda?
KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar)
Ia adalah berapa banyak ekonomi sesebuah negara telah menghasilkan jumlah barangan dan perkhidmatan.
Maklumat Penting
Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.
Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.
Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.
Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.
Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).