Cara untuk mencapai Target Simpanan anda dengan lebih cepat

Click here for English

Menetapkan target simpanan boleh menjadi alat yang berkuasa untuk mengurus dan membuat keputusan kewangan yang lebih baik. Ianya juga boleh membantu anda mencapai matlamat kewangan anda dengan lebih cepat dan berkesan. Langkah pertama adalah memikirkan target simpanan yang lebih khusus. Sebagai contoh, daripada meletakkan target untuk “menabung lebih”, cuba jadikannya “simpan & labur RM10 setiap minggu” – supaya anda dapat menjejaki perkembangan anda dan kekal bermotivasi.

Target simpanan biasa yang lain termasuk menyimpan untuk deposit rumah, pendidikan anak, bercuti dan untuk persaraan. Jika anda tidak mempunyai sebarang target simpanan sekarang, meletakkan target “untuk kecemasan” juga boleh membantu untuk menampung perbelanjaan yang tidak dijangka atau kehilangan pendapatan secara tiba-tiba. Ketahui lebih lanjut mengenai ini dalam blog kami “Mengapa anda perlu Dana Kecemasan”.

Sekarang anda telah mempunyai matlamat, seterusnya bagaimana anda boleh mencapainya dengan lebih cepat? Dengan membiarkannya berjalan secara automatik disebalik tabir! Kebanyakan bank kini menawarkan kemudahan pemindahan berjadual ke sub-akaun yang lain.

Raiz juga mempunyai ciri “Target Simpanan” automatik yang membolehkan anda untuk menyimpan & melabur secara automatik ke dalam akaun Raiz anda pada jadual yang sesuai dengan anda dengan sangat mudah.

Berikut adalah beberapa sebab mengapa ini boleh membantu anda mencapai target anda dengan lebih cepat:

 

Target Simpanan automatik boleh membantu anda menyimpan secara konsisten

Dengan membuat simpanan secara automatik, anda boleh menyimpan secara konsisten tanpa perlu memindahkan wang ke dalam akaun simpanan anda secara manual. Ini sangatlah membantu terutamanya jika anda seorang yang sukar untuk menyimpan secara konsisten atau sering terlupa untuk melakukannya. Percaya atau tidak, perlahan-lahan dan konsisten boleh memenangi perlumbaan!

“Tidak kira seberapa perlahan anda pergi, yang penting anda tidak berhenti.” – Confucius

 

Target Simpanan automatik boleh membantu anda menyimpan lebih banyak

Anda mungkin terkejut melihat berapa banyak yang telah anda simpan apabila anda tidak perlu berfikir dua kali mengenainya. Jika anda menggunakan Raiz, mengaktifkan ciri Auto-bundar kami adalah satu lagi cara untuk menyimpan lebih banyak dengan melaburkan duit baki daripada pembelanjaan harian anda. Kuncinya adalah untuk menyimpan dan melabur jumlah kecil secara kerap dan automatik supaya ianya tidak mendatangkan kesan kepada gaya hidup anda, yang akhirnya boleh membuat perubahan besar untuk masa depan anda.

 

Target Simpanan automatik boleh mengurangkan godaan untuk berbelanja

Apabila anda mengautomasikan simpanan anda, wang itu dipindahkan secara automatik ke akaun simpanan anda sebelum anda mempunyai peluang untuk membelanjakannya. Ini boleh membantu anda menahan godaan untuk berbelanja untuk barangan yang tidak penting. Satu lagi petua untuk menahan godaan adalah jangan sekali-kali pergi ke kedai runcit dalam keadaan lapar atau tanpa senarai membeli!

“Jangan simpan apa yang tinggal selepas berbelanja, tetapi belanjakan apa yang tinggal selepas menyimpan.” – Warren Buffett

 

Target Simpanan automatik boleh membantu anda memanfaatkan kuasa kompaun sepenuhnya

Jika anda menyimpan untuk jangka panjang, mengautomasikan simpanan anda boleh membantu anda memanfaatkan kuasa kompaun, iaitu potensi pulangan daripada pelaburan anda berlipat ganda. Apabila anda menyimpan secara konsisten dalam jangka masa yang panjang, simpanan anda berpeluang untuk berlipat ganda dan berkembang dengan lebih cepat dan lebih banyak. Seperti bola salji yang bermula kecil dan menjadi semakin besar apabila ia mula bergolek!

Untuk lebih banyak petua tentang cara untuk berpegang pada matlamat anda untuk 2023, lihat blog kami “How to stick to your New Year’s Resolutions”.

 


Maklumat Penting 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).