BUKAN MAIN-MAIN! TIGA perkara yang anda perlu tahu – minggu ini (minggu berakhir 21/11/2023)

Click here for English

Kami berkongsi beberapa maklumat tentang Pelaburan dan Ekonomi:

BUKAN MAIN-MAIN! Isu kekurangan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berada pada tahap serius: 6.3 juta ahli di bawah umur 55 tahun (atau 48%) mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka setakat 30 September –  Kementerian Kewangan.

  • Jumlah itu meningkat daripada 4.7 juta pada April 2020, sebelum pengeluaran khas Covid-19.
  • Anda tahu? Anda boleh set simpanan persaraan anda sendiri dengan Raiz;
    • Klik di sini untuk membuka Pelaburan Berkala Auto-labur.
    • Set amaun sasaran. Tetapkan matlamat untuk “Persaraan”.
    • Set sebarang jumlah dan kekerapan untuk melabur. Contohnya, RM5 sehari.

 

Sam Altman dipecat sebagai CEO OpenAI, pencipta ChatGPT, oleh lembaga pengarah syarikat.

  • Tidak seperti pengasas lain seperti Mark Zuckerberg dari Facebook Meta, Altman tidak mempunyai ekuiti dalam OpenAI.
  • OpenAI masih merupakan syarikat persendirian (bermakna ia tidak didagangkan secara awam di mana-mana bursa saham).
  • Microsoft telah melabur AS$13 bilion di dalam syarikat itu, menjadikannya pemegang saham terbesar dengan kira-kira 49% kepentingan.
  • Altman kini diupah oleh Microsoft untuk mengetuai pasukan AI dalamannya sendiri.

 

Sime Darby Berhad telah memperoleh kelulusan pemegang sahamnya untuk membeli 61.2% saham milik Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam UMW Holdings Berhad pada harga RM3.57 bilion.

  • Kedua-dua gergasi automotif dan perindustrian ini akan digabungkan.
    • Sime Darby – BMW, MINI, Rolls-Royce, Porsche, Hyundai, Ford, Land Rover
    • UMW – Toyota, Perodua.

 

Raiz membantu anda menyimpan & melabur – berjaya menyimpan 5% daripada gaji anda setiap bulan adalah lebih baik daripada memperoleh pulangan 5%. Mempunyai disiplin menabung secara konsisten adalah lebih baik dalam membantu meningkatkan kedudukan kewangan anda (daripada kesibukan memilih pengurus dana yang terbaik).

 

Anda tahu?

Saiz pasaran saham tempatan (Bursa Malaysia) ialah RM1.76 trilion (setakat 30 September 2023). Pelabur terbesar ialah PNB dengan RM159.7 bilion, diikuti oleh KWSP dengan RM154.12 bilion dan Khazanah Nasional dengan RM62.7 bilion.

 


Maklumat Penting 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).