27-10-2021 (dikemaskini 10-03-2022)
Kami gembira melihat ramai Raizers telah dapat mengembangkan pengalaman kewangan mereka dalam pelaburan dan meningkatkan pengetahuan mereka dari blog kami. Kami juga telah menerima maklum balas bahawa mereka mahu mempunyai lebih banyak kawalan ke atas peruntukan portfolio mereka. Jadi… Kami teruja untuk memberitahu anda bahawa sekarang anda boleh berbuat demikian, dengan Portfolio Bolehubah kami!
Apa itu Portfolio Bolehubah?
Tidak seperti tiga portfolio standard tersedia, Portfolio Bolehubah membolehkan anda menetapkan sendiri peratusan setiap dana dalam portfolio anda.
Dana-dana dalam Portfolio Bolehubah adalah;
- Dana Aberdeen Standard Islamic World Equity
- Dana UOB United-i Global Balanced (Shariah)
- Dana UOB United-i ESG Series – High Quality Sukuk
- Dana Affin Hwang Shariah Gold Tracker
- Dana Affin Hwang Aiiman Money Market
Bagaimanakah saya boleh menukar kepada Portfolio Bolehubah ini?
Anda boleh berbuat demikian dengan pergi ke Home > Labur > Portfolio.
Perlukan bantuan? Klik di sini untuk menonton video!
Pilihan adalah milik anda
Portfolio Bolehubah kami memberikan anda lebih banyak kawalan ke atas bagaimana anda melabur.
Namun begitu, kerana anda perlu memilih portfolio ini, ianya mungkin tidak sesuai untuk semua orang. Sila baca Terma dan Syarat kami untuk memastikan sama ada ia sesuai untuk anda.
Adakah Portfolio Bolehubah sesuai untuk saya?
Seperti mana-mana produk kewangan, kami mengesyorkan anda membaca Terma dan Syarat untuk melihat sama ada Portfolio Bolehubah ini sesuai untuk anda. Anda boleh menukar kembali kepada salah satu daripada tiga portfolio standard Raiz dengan mudah pada bila-bila masa seperti biasa.
Baca lebih lanjut mengenai soalan-soalan lazim di sini.
Maklumat Penting
Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.
Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.
Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.
Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.
Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).