Bill Gates Umum Penceraian

04-05-2021 – Berikut adalah beberapa maklumat berkenaan Pelaburan dan Ekonomi:

  • Bill dan Melinda Gates telah mengumumkan perceraian mereka selepas 27 tahun berkahwin.
    • Bill Gates, pengasas bersama Microsoft, syarikat perisian terbesar di dunia, adalah orang keempat  terkaya  di dunia, menurut Forbes, dan bernilai US124billion (RM509billion).
    • Tidak diketahui bagaimana aset mereka akan dikendalikan dalam perceraian ini.
  • Pelantikan dan Perletakan Jawatan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
    • Permodalan Nasional Bhd (PNB): Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz bersara daripada jawatannya sebagai pengerusi kumpulan pada  30 Apr. Bekas Ketua Hakim Negara,  Tun Arifin Zakaria dikatakan bakal mengambil alih – The Edge.
    • Lembaga Tabung Haji (TH): Datuk Seri Amrin Awaluddin kini menjadi Ketua Pegawai Eksekutif  kumpulan itu, berkuat kuasa 6  Mei lalu, menggantikan Datuk Nik Mohd Hasyudeen yang mengambil alih hanya 18 bulan lalu.
    • Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT): Jawatan CEO kini kosong selepas Amrin meninggalkan TH. Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly yang kini pengarah urusan kumpulan Boustead Holdings Bhd bakal mengambil alih jawatan itu – The Edge.
  • Mahkamah Rayuan sokong keputusan terhadap MYEG – The Star.
    • Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah mendenda MYEG sebanyak 64mil kerana melanggar undang-undang persaingan dan mempunyai kedudukan dominan berhubung penjualan insurans wajib bagi permohonan dalam talian permit Pas Lawatan Kerja Sementara.
  • CTOS dijangka disenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia – The Edge.
    • Pada Ogos tahun lalu, The Edge memetik sumber bahawa CTOS sedang meneliti potensi penilaian lebih RM2billion daripada Tawaran Awam Permulaan (IPO).
    • CTOS, sebuah agensi penarafan kredit, adalah IPO ke-2 dalam setahun yang melibatkan firma ekuiti swasta Creador selepas MR DIY pada Oktober lepas yang bernilai RM10billion.
  • Skim Persaraan Swasta (PRS) telah melebihi RM5 bilion dalam jumlah Nilai Aset Bersih (NAB) – PPA.
    • Setengah juta rakyat Malaysia menabung untuk persaraan mereka untuk skim  simpanan sukarela ini.
    • Ahli boleh menikmati pelepasan cukai tahunan RM3,000 bagi skim ini sehingga 2025 seperti  yang diumumkan semasa Belanjawan 2021.

 

Definisi Minggu Ini: Syarikat Berkaitan Kerajaan

When sebuah syarikat menjadi awam dengan menjual sahamnya di bursa saham.

Contoh: Syarikat di mana Kerajaan memiliki majority saham-sahamnya dan mempunyai kawalan kepentingan. Contoh: PNB, Khazanah Nasional Berhad, dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

 


Maklumat Penting

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).