Belum yakin untuk melabur? Mari mulakan dengan langkah yang kecil!

Click here for English

05/01/2022

Anda rasa anda “tidak yakin untuk melabur”? Jika jawapan anda ya, anda tidak berseorangan! Tinjauan yang dilakukan oleh Raiz baru-baru ini mendapati ramai yang belum melabur kerana masih kurang keyakinan.

Tinjauan yang sama juga menunjukkan ramai yang merancang untuk mula melabur pada tahun 2022. Jadi, bagaimana untuk mengimbangi kurangnya keyakinan untuk melabur dengan keinginan untuk mula melabur? Dan bagaimana pula untuk meningkatkan keyakinan dengan syarikat pelaburan seperti Raiz?

 

Mula dengan langkah kecil

Jika anda bermula dengan jumlah yang kecil, contohnya melabur RM5 seminggu, anda boleh mula memahami cara pasaran saham berfungsi dan bagaimana ia dipengaruhi oleh berita dan peristiwa yang sedang berlaku.

Pelaburan auto-bundar kami membolehkan and mula melabur dengan duit baki. Auto-bundar akan berjalan secara automatik disebalik tabir setiap kali anda berbelanja, tanpa memberi kesan terhadap gaya hidup. Ini adalah di antara cara yang terbaik untuk berjinak-jinak dengan pelaburan.

 

Tetapkan target simpanan

Menetapkan target boleh membantu untuk mencapai tujuan anda. Merancang percutian pada tahun 2022? Ingin menyimpan untuk deposit rumah impian anda? Mempunyai perancangan unutk mengumpul jumlah yang anda perlukan dan bila anda memerlukannya dapat membantu meningkatkan fokus dalam kembara pelaburan anda.

Anda boleh menetapkan target simpanan dalam aplikasi Raiz. Dengan menetapkan pelaburan berkala (auto-labur) – samada harian, mingguan, setiap dua minggu, atau bulanan – ia akan membantu anda menjejaki kemajuan anda dan jangkaan untuk mencapai matlamat tersebut.

Untuk lebih memahami, apa kata anda buat pengeluaran yang kecil?

Dengan aplikasi Raiz, ia hanya mengambil dua klik sahaja untuk mengeluarkan wang anda.
Tiada caj yang dikenakan untuk membuat pengeluaran daripada Raiz. Dengan membuat pengeluaran yang kecil selepas anda membuat beberapa pelaburan, anda akan mula belajar tentang proses yang terlibat apabila anda menjual pelaburan anda. Anda juga dapat memahami tempoh masa yang diambil untuk menjual pelaburan anda, dan masa yang diperlukan untuk wang tersebut kembali kepada anda.

Mengembalikan wang anda melibatkan beberapa perkara: penjualan pelaburan anda, pemindahan hasil penjualan kepada ‘custodian’, dan seterusnya ke akaun bank anda. Ia mengambil masa sehingga 4 hari bekerja untuk wang itu sampai kepada akaun bank anda.

Dengan melalui proses pengeluaran ini buat kali pertama, anda akan mula memahami proses yang terlibat.

 

Ketahui lebih lanjut betapa seriusnya kami berkenaan isu keselamatan di Raiz

Raiz dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Lesen eCMSL/A0363/2020) atau SC. Pelabur yang berurusan dengan entiti berlesen dilindungi di bawah undang-undang sekuriti Malaysia. Mereka juga dilindungi daripada pelbagai jenis risiko, termasuk penipuan dan pengubahan wang haram, dan mempunyai akses kepada tindakan undang-udang sekiranya berlaku pertikaian.

Raiz juga tidak menyimpan wang anda. Ia di dalam jagaan ‘custodian bank’, CIMB Bank, yang disimpan di dalam akaun amanah.

Sekiranya muflis (walau kebarangkaliannya sangat rendah), wang anda tidak boleh disentuh oleh kami kerana ia milik anda. ‘Custodian bank’ akan memegang wang anda supaya ia selamat dikembalikan kepada anda.

Kami memandang serius isu keselamatan maklumat peribadi dan wang anda. Semua data telah dikodkan dan tahap sekuriti kami setaraf dengan bank. Tiada maklumat yang disimpan dalam telefon bimbit anda, jadi anda tidak perlu risau sekiranya telefon bimbit anda hilang kerana akaun Raiz anda masih selamat.

Ketenangan fikiran anda adalah keutamaan kami. Lihat video pendek ini untuk meningkatkan keyakinan anda untuk melabur dengan Raiz.

 

Teruskan belajar

Baca lebih banyak blog dan artikel. Belajar sesuatu yang baru setiap hari. Dengan membiasakan diri mempelajari tentang pelaburan, sedikit demi sedikit anda akan meningkatkan keyakinan anda.

 

Keyakinan meningkat seiring masa

Jangan rasa tertekan sekiranya proses ini terasa lambat dan mengambil masa. Ia tidak akan berlaku dalam sekelip mata, tetapi dengan pembelajaran yang konsisten dan pendedahan kepada pasaran melalui aplikasi Raiz, kami percaya anda akan lebih menjadi lebih yakin!

 


Maklumat Penting 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).