Raiz Rewards ialah ganjaran bonus tunai yang akan anda dapat semula (cashback) apabila anda membeli-belah dengan rakan jenama kami melalui Raiz. Bonus tunai ini kemudiannya akan dimasukkan ke dalam akaun Raiz anda. Itulah Raiz Rewards!
Bagaimana Raiz Rewards berfungsi?
Langkah 1: Pergi ke bahagian ‘Raiz Rewards’ dalam aplikasi Raiz.
Langkah 2: Cari jenama yang ingin dibeli, kemudian klik butang “Shop Online Here”. Anda akan dibawa ke laman web / aplikasi jenama tersebut dan membeli-belah seperti biasa.
Sila pastikan anda tidak menekan mana-mana pautan luaran yang lain, dan juga pelayar internet anda tidak di dalam mod privasi (incognito).
Mudah!
Bilakah anda akan dapat bonus tunai ‘Raiz Rewards’ anda?
Anda bakal menerima bonus tunai selepas membuat pembelian ini – mengikut terma & syarat setiap jenama. Harap maklum, ianya mungkin mengambil masa yang agak lama daripada apa yang anda jangkakan, kerana rakan jenama kami perlu mengambil kira tempoh pembatalan/ pulang balik/ pertukaran. Ini mungkin mengambil masa sehingga 150 hari.
Jadi semak terma & syarat bagi setiap jenama sebelum membuat pembelian untuk mengetahui syarat-syarat kelayakan dan tempoh masa yang akan diambil untuk bonus tunai ada dilaburkan ke dalam akaun Raiz anda.
Dari mana datangnya bonus tunai untuk ‘Raiz Rewards’?
Rakan jenama membayar kami peratusan tertentu (atau jumlah tetap tertentu) bagi setiap pembelian anda, dan kami akan menggunakannya untuk memberikan bonus tunai kepada anda.
Rakan jenama apa yang ada?
Kami bekerjasama dengan banyak jenama tempatan & antarabangsa – Shopee, Lazada antaranya — juga merangkumi pelbagai kategori, termasuk fesyen, teknologi, sukan dan banyak lagi.
Kami juga sentiasa menambah rakan jenama baru, jadi pastikan anda menyemak aplikasi Raiz anda dari semasa ke semasa. Juga nantikan sebarang komunikasi melalui emel dan media sosial kami tentang rakan jenama baru. Ini bermakna anda mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapatkan banyak bonus tunai dalam akaun Raiz anda!
Beli-belah sekarang dan dapatkan bonus tunai!

Ingin tahu lebih lanjut mengenai ‘Raiz Rewards’?
Baca Soalan Lazim di sini.
Maklumat Penting
Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.
Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.
Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.
Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.
Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).