Ini adalah beberapa fakta MENAKUTKAN tentang persaraan yang kami ingin anda tahu!
Malaysia dijangka mencapai status negara menua menjelang 2030.
- Apa maksudnya? Warganegara berumur 60 tahun ke atas dijangka meningkat kepada 15% menjelang 2030.
- Sehingga 2022, warganegara berumur 65 ke atas dianggarkan pada 7.3% Ya, ianya akan bertambah!
- Kenapa ini berlaku? Jangka hayat telah meningkat (kerana teknologi berkaitan penjagaan kesihatan telah berkembang dan taraf hidup yang lebih tinggi), dan kadar kelahiran pula semakin menurun (ini juga berlaku di sebahagian besar negara lain).
Simpanan persaraan yang tidak mencukupi adalah satu kebimbangan.
- KWSP telah menetap sasaran Simpanan Asas minimum sebanyak RM240,000 pada usia 55 tahun. Ini diterjemahkan kepada RM1,000 sebulan sepanjang 20 tahun tempoh persaraan.
- Setakat Mei 2023, hanya 30% ahli KWSP memenuhi simpanan asas mengikut umur.
Percaya atau tidak, kebanyakan kita belum mula berfikir tentang persaraan. Tiada umur yang terlalu muda untuk mula memikirkan tentang ini! Jika anda tidak tahu di mana untuk bermula, ini adalah artikel yang mungkin membantu anda untuk memulakan perancangan persaraan anda.
Kami tahu, nak menyimpan memerlukan disiplin yang konsisten. Tak perlu pening-pening lagi, automatik kan sahaja simpanan anda untuk persaraan (selain daripada caruman KWSP anda). Ianya boleh dibuat dengan mudah melalui aplikasi Raiz! Bagaimana?
- Klik sini untuk buka fungsi Auto-Labur.
- Tetapkan matlamat simpanan untuk persaraan anda (namakannya sesuka hati anda).
- Set nama (contoh: Persaraan) dan target simpanan.
- Duduk, relax dan lihat simpanan dan pelaburan anda berkembang. Ingat, pelaburan adalah sebuah marathon dan bukannya larian pecut!
- Dan jangan lupa juga untuk on fungsi Auto-bundar.
Raiz membantu anda menyimpan & melabur – berjaya menyimpan 5% daripada gaji anda setiap bulan adalah lebih baik daripada memperoleh pulangan 5%. Mempunyai disiplin menabung secara konsisten adalah lebih baik dalam membantu meningkatkan kedudukan kewangan anda (daripada kesibukan memilih pengurus dana yang terbaik).
Anda tahu?
Pengeluaran berkaitan Covid-19 daripada KWSP adalah berjumlah RM145 billion. Ini adalah kurang 15% jumlah keseluruhan simpanan KWSP!
Maklumat Penting
Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.
Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.
Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.
Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.
Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).