Banyak hutang?

07-09-2021 – Berikut adalah beberapa maklumat berkenaan Pelaburan dan Ekonomi:

  • Anda boleh menggunakan Nisbah Khidmat Hutang, atau Debt Service Ratio (DSR) untuk mengetahui sama ada anda mempunyai banyak hutang, iaitu, anda berhutang lebih daripada kemampuan. Apabila anda memohon pinjaman bank, pihak bank akan melihat DSR anda sebelum membuat keputusan untuk meluluskan pinjaman tersebut.
  • DSR pada dasarnya adalah nisbah hutang anda seperti bil kad kredit, pinjaman kereta, pinjaman peribadi dan lain-lain, kepada pendapatan bersih anda.
  • Secara umum, pengiraan DSR anda adalah; DSR = Hutang/Pendapatan Bersih x 100.
  • Sebagai contoh:
    • Hutang anda
      • Pinjaman kereta RM800, bil kad kredit RM400, pinjaman PTPTN RM150.
      • Jadi jumlah hutang bulanan anda = RM800 + 400 + 150 = RM1,350.
    • Pendapatan bersih anda
      • Gaji anda ialah RM5,000 sebulan.
      • Potongan KWSP RM450, PERKESO RM20, cukai RM380.
      • Jadi pendapatan bersih anda = RM5,000 – 450 – 20 – 380 = RM4,150.
    • DSR = RM1,350/RM4,150 x 100 = 33%.
  • Bank biasanya tidak akan memberi anda pinjaman jika DSR anda lebih daripada 60%.
  • Jika DSR anda lebih daripada 60%, lihat strategi melunaskan hutang. Elakkan mengumpul terlalu banyak hutang. Bajet perbelanjaan bulanan anda untuk mengesan ke mana wang anda pergi dan di mana anda mampu untuk berbelanja.

 

Anda tahu?..

Terdapat fungsi percuma di dalam aplikasi Raiz anda, iaitu My Finance, yang membantu anda melihat secara mendalam cara anda berbelanja, pada masa yang sama melihat kepada potensi untuk anda menyimpan.

 


Maklumat Penting 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).