Banyak beza walaupun baru setahun (minggu berakhir 01/02/2022)

Click here for English

 

Kami berkongsi beberapa maklumat tentang Pelaburan dan Ekonomi:

  • Banyak bezanya walaupun baru setahun! Kira-kira setahun yang lalu, saham syarikat pembuat sarung tangan adalah “favourite” di kalangan pelabur di Bursa Malaysia. Namun sentimen dahulu dan sekarang sudah berbeza – terutama selepas pelancaran vaksin COVID-19. Oleh kerana perubahan drastik dalam sentimen pasaran, Top Glove, syarikat pembuat sarung tangan terbesar dunia, mengalami penurunan harga saham lebih daripada separuh selepas berada di kemuncak tahun lepas (RM7.05 pada 2 Feb 2021). Sekarang di Januari 2022, saham Top Glove kini diniagakan sekitar RM2. Ya, turun lebih dari 70% sejak setahun yang lalu.
  • Bursa Malaysia dijangka menyaksikan dagangan yang tenang minggu ini berikutan cuti Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah Persekutuan.
  • Januari 2022 adalah bulan yang paling teruk bagi AS sejak permulaan pandemik pada bulan Mac 2020. Bursa saham Nasdaq yang mempunyai banyak syarikat teknologi, jatuh lebih teruk – ianya mengalami penurunan bulanan terburuk sejak Oktober 2008.
  • Menariknya, pada Jumaat lalu, bursa saham New York mengalami lonjakan di jam terakhir dagangan dan mencatatkan pulangan terbaik di tahun 2022 setakat ini.
  • Di tengah-tengah turun naik pasaran adalah pelabur yang gelisah. Pelabur sedang bergelut untuk menafsir kesan ekonomi daripada peningkatan inflasi, juga dengan rancangan oleh bank pusat di seluruh dunia untuk menaikkan kadar faedah berikutan ditengah-tengah pemulihan ekonomi.

 

Tahukah Anda?

Rizab Persekutuan adalah bank pusat AS.

Di Malaysia, bank pusat adalah Bank Negara.

Bank-bank pusat akan menaikkan kadar faedah dengan harapan untuk mengurangkan kadar inflasi.

 


Maklumat Penting 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).