Bagaimana Pelaburan Duit Baki atau Auto-bundar (Round-ups) Berfungsi

Click here for English

 

Apakah pelaburan duit baki?

Pelaburan duit baki (selain pelaburan sekali gus dan pelaburan berkala) adalah ciri utama Raiz untuk membantu anda menyimpan dan melabur tanpa mengubah gaya hidup anda. Ianya automatik dan mudah! Kami memberi tumpuan kepada duit baki kerana ianya mudah dan kami ingin menanamkan tabiat menyimpan dan melabur supaya anda dapat mengekalkan momentum tersebut!

 

Bagaimanakah ia berfungsi?

Begitu mudah!

1. Pertama, pautkan kad debit & kredit anda di Akaun Auto-bundar. Anda juga boleh memautkan akaun bank dalam talian anda.

2. Seterusnya, berbelanjalah seperti biasa dengan kad tersebut atau online banking. Raiz kemudian akan membundarkan setiap pembelian anda ke Ringgit yg berikutnya dan melaburkan duit baki tersebut ke dalam akaun Raiz anda.

Contohnya, anda membayar secawan kopi dengan harga RM8.90 menggunakan kad bank anda, kami akan bundarkan ke RM9.00 secara automatik – jadi duit baki anda ialah 10 sen.

Anda membayar bil menggunakan online banking (FPX) sebanyak RM55.20 – duit baki anda ialah 80 sen.

Kami akan terus membundarkan setiap pembelian anda. Kami akan mengumpulkan duit baki tersebut terlebih dahulu (secara maya!), dan apabila duit baki terkumpul telah mencapai sekurang-kurangnya RM5, kami akan mengambil jumlah tersebut dari bank anda, dan melaburkannya! Mudah bukan!

 

3. Sekarang, duduk berehat dan lihatlah bagaimana ia meningkat dari semasa ke semasa. Sambil anda berbelanja, anda menyimpan dan melabur!

Cubalah!

 


Maklumat Penting 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz. 

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat. 

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).