Aset di bawah Pengurusan PNB Meningkat pada 2020

13-04-2021 – Berikut adalah beberapa maklumat berkenaan Pelaburan dan Ekonomi:

  • Permodalan Nasional Bhd (PNB) mencatatkan peningkatan 3.4% aset di bawah pengurusan kepada RM322.6 bilion pada akhir 2020 daripada RM312 bilion pada 2019 – laporan tahunan 2020 PNB.
    • Jumlah aset antarabangsanya juga meningkat kepada 12% daripada keseluruhan portfolio (8.5% pada 2019). Usaha kepelbagaian ke pasaran luar negara ini telah meningkatkan daya tahannya terhadap ketidaktentuan pasaran.
  • Axiata dan Telenor dari Norway mengumumkan rancangan penggabungan Celcom Axiata Bhd dan Digi.com Bhd untuk menjadi syarikat telekomunikasi terbesar negara, Celcom Digi Bhd (CDB) – The Edge
    • Penggabungan itu akan melihat kedua-dua Telenor dan Axiata mempunyai kepentingan yang sama rata 33.1% setiap satu dalam CDB. KWSP dan PNB akan mempunyai kepentingan 9.8% dan 7% setiap satu.
    • Celcom dan Digi bakal mempunyai penguasaan pasaran 67% pelanggan mudah alih selepas bergabung.
  • Senarai Bilionair Forbes 2021: Malaysia ada 16 bilionair!
    • Robert Kuok masih di senarai teratas rakyat Malaysia.
    • Tan bersaudara dari Kumpulan MR DIY juga tersenarai dengan jumlah kekayaan bersama RM11.9 bilion.
  • PKP-B kekal di Selangor, KL, Johor, Penang, Kelantan & Sarawak
    • Menteri beri amaran kemungkinan gelombang jangkitan keempat berdasarkan kadar kebolehjangkitan virus melebihi 1.0 seperti yang direkodkan Kementerian Kesihatan.
  • Grab dan Traveloka bersedia untuk menjadi syarikat awam – Bloomberg
    • E-hailing gergasi itu boleh bernilai lebih daripada US$34 bilion manakalaTraveloka yang berpangkalan di Indonesia dianggar pada AS$5 bilion.
    • Gojek dan e-dagang gergasi Indonesia Tokopedia dan PropertyGuru dari Singapura bakal mengikuti jejak langkah.


Definisi Minggu Ini:
Syarikat Awam

Syarikat-syarikat di mana anda boleh membeli sahamnya secara terbuka dari pasaran saham seperti Bursa Malaysia. Contoh syarikat-syarikat ini ialah Maybank, Tenaga Nasional dan Top Glove. Jadi, apabila anda membeli saham syarikat ini, anda adalah sebahagian dari pemiliknya!

 


Maklumat Penting

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).