Apple syarikat pertama cecah AS$3 trillion

Click here for English

04-01-2022 – Berikut adalah beberapa maklumat berkenaan Pelaburan dan Ekonomi:

  • Apple semalam menjadi syarikat pertama yang mencecah nilai pasaran saham AS$3 trilion.
    • Pelabur bertaruh pembuat iPhone itu akan terus melancarkan produk terlaris apabila ia meneroka pasaran baru seperti kereta automatik dan virtual reality.
    • Pada hari pertama dagangan tahun 2022, saham syarikat itu mencecah paras tertinggi dalam sehari sebanyak AS$182.88, meletakkan nilai pasaran Apple mencecah paras AS$3 trilion.
    • Salah satu dana unit amanah dalam Portfolio Bolehubah Raiz, UOB United-i Global Balanced Fund (Shariah) mempunyai saham Apple sebagai 5 pegangan tertingginya.
  • Indeks pasaran saham Amerika Syarikat, S&P 500 AS dan Dow Jones mencecah rekod tertinggi pada hari dagangan pertama tahun 2022.
    • Dow ditutup tinggi 246. 8 mata, atau 0.7%, kepada 36,585.1; indeks S&P 500 naik 30.4 mata, atau 0.6%, pada 4,796.6.
    • Dengan Portfolio Bolehubah Raiz, anda boleh menetapkan peratusan anda sendiri untuk melabur dipasaran saham antarabangsa.
  • Bursa Malaysia ditutup lebih rendah pada hari dagangan pertama 2022.
    • Indeks penanda arasnya, FBM KLCI jatuh 18.5 mata atau 1.2% untuk ditutup pada 1,549.1.
  • Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) Maybank, Datuk Seri Abdul Farid Alias akan berundur dari jawatannya sebaik sahaja kontraknya tamat pada 1 Ogos 2022.
    • Abdul Farid telah menyatakan bahawa beliau tidak berniat untuk meminta pembaharuan kontraknya. Beliau telahpun memegang jawatan itu sejak 2 Ogos 2013.
    • Maybank masih belum menamakan pengganti.
  • Tahun 2021 hampir di cermin belakang – hanya 9 hari urusniaga sahaja lagi!

 

Tahukan Anda?

Kesan Januari

Kesan Januari atau “January Effect” adalah kecenderungan bermusim untuk saham meningkat pada bulan pertama tahun baru.

 


Maklumat Penting 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).