Akaun Pembiayaan kini tersedia untuk semua bank!

Akhirnya, anda kini boleh melabur menggunakan kad debit mana-mana bank di Malaysia!

Hubungkan kad debit dari bank pilihan anda ke Akaun Pembiayaan anda. Hanya pilih dari senarai dan masukkan butiran kad bank anda.

Masih tidak pasti apakah perbezaan antara Akaun Pembiayaan dan Akaun Perbelanjaan? Teruskan membaca!

Akaun Pembiayaan (Funding Account)

  • Akaun Pembiayaan digunakan untuk membiayai pelaburan anda.
  • Setiap kali anda membuat pelaburan, kad debit anda yang telah dihubungkan kepada Akaun Pembiayaan akan dicaj.
  • Anda boleh menghubungkan kad debit yang dikeluarkan oleh mana-mana bank di Malaysia.

Akaun Perbelanjaan (Spending Account)

  • Akaun Perbelanjaan digunakan untuk rekod transaksi pembayaran untuk pembundaran (‘round-ups’). Setiap kali anda membuat pembayaran menggunakan kad debit anda, Raiz akan merekod dan membundarkan pembayaran tersebut, seterusnya melaburkan duit baki itu secara automatik.
  • Buat masa ini, anda hanya boleh menghubungkan kad debit Maybank.

Masih belum melengkapkan pendaftaran andaKlik butang di bawah!

Pendaftaran

Selamat melabur!

 


Maklumat Penting 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).