13-10-2021
Ini soalan biasa dan semua orang memiliki hak untuk menanyakan soalan ini!
Dengan Raiz, bukan sahaja anda mempunyai akses kepada pelaburan dan pendidikan kewangan, tetapi kami ingin memastikan anda mempunyai keyakinan dan berasa selamat dalam kembara pelaburan yang menarik ini dengan kami!
Tetapi sebelum itu, anda perlu memahami tentang pelaburan secara umum.
Pelaburan secara umum.
Pelaburan adalah satu cara berpotensi untuk meningkatkan wang anda – dengan membeli aset dan berharap boleh menjualnya pada harga yang lebih tinggi. Aset- aset pelaburan adalah seperti saham, hartanah, dana unit amanah, emas dan sebagainya.
Sebagai contoh, anda telah membeli 1g emas dengan harga RM230. 1 minggu kemudian, harganya jatuh kepada RM210 sekilogram – jadi anda mengalami kerugian. Tetapi selepas sebulan, harganya naik sehingga RM250 sekilogram dan anda menjualnya. Sekarang anda telah membuat keuntungan RM20. Tahniah!
Jadi pelaburan anda boleh naik dan turun setiap hari – bergantung kepada pergerakan pasaran. Inilah risiko pasaran.
Raiz dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Lesen eCMSL/A0363/2020)
Anda dapat memeriksanya di sini.
Pelabur Malaysia yang berurusan dengan entiti berlesen dilindungi di bawah undang-undang sekuriti Malaysia. Mereka juga dilindungi daripada pelbagai risiko, termasuk penipuan dan pengubahan wang haram, dan mempunyai akses kepada tuntutan undang-undang sekiranya berlaku pertikaian.
Raiz Tidak Menyimpan Wang Anda
Ia di dalam jagaan oleh Penjaga atau “Custodian” kami. Wang anda dilindungi oleh bank Penjaga kami, CIMB Bank, yang disimpan di dalam akaun amanah. CIMB Bank adalah ahli CIMB Group Holdings Berhad (“CIMB”), sebuah entiti tersenarai di Bursa Saham Malaysia. CIMB adalah penyedia perkhidmatan kewangan yang disegani.
Dalam kejadian kebankrapan yang sangat tidak mungkin, wang anda tidak boleh disentuh oleh kami kerana ia milik anda. Penjaga masih akan menyimpannya supaya wang anda selamat dikembalikan kepada anda.
Tahukah Anda Raiz Menyumbang kepada Dana CMC Setiap Tahun?
Dana Pampasan Pasaran Modal (“Dana CMC”) diurus dan ditadbir oleh Perbadanan Dana Pampasan Pasaran Modal yang ditubuhkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.
Anda layak untuk menuntut daripada Dana CMC sekiranya kami menjadi bankrupt disebabkan oleh penipuan, atau salah laku jualan yang menyebabkan kami gagal membayar jumlah yang terhutang kepada anda.
Pelabur individu boleh menuntut sehingga RM100,000.
Rujuk di sini untuk maklumat lanjut.
Selamat Melabur!
Maklumat Penting
Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.
Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.
Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.
Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.
Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).