Hari Raya adalah salah satu hari yang paling dinantikan oleh umat Islam di Malaysia. Keriangan sentiasa terpancar apabila kita berkumpul bersama ahli keluarga, menjamu selera dengan juadah Raya seperti ketupat, rendang dan kalau untung, dapat duit Raya!
Banyak persiapan yang perlu dibuat. Semestinya perbelanjaan juga akan menjadi banyak, kan?
Jom kita lihat cara jimat berbelanja untuk hari Raya:
1. Buat dan sediakan bajet
Ya, bunyi agak cliché tetapi ianya sangat penting. Kalau kita lihat satu per satu, sebenarnya agak banyak yang perlu disenaraikan. Bajet untuk bahan makanan, baju Raya, duit Raya dan lain-lain mengikut perancangan hari Raya anda. Raya kali ini mungkin berlainan sedikit kerana musim pandemik. Anda mungkin boleh jimat dalam kos-kos tertentu, contohnya pengangkutan. Dengan senarai bajet ini, anda akan lihat the big picture dan merasa lebih tenang untuk berbelanja nanti.
2. Masak sendiri
Anda yang tak dapat beraya di kampung tu, mesti terfikir untuk order je kan? Tidak salah, tetapi untuk lebih jimat, anda boleh cuba untuk masak dengan sendiri. Inilah masanya orang-orang muda terutamanya, untuk belajar resepi juadah hari Raya nanti.
3. Bersederhana ketika membeli-belah
Apabila kita sudah ada bajet (no. 1), lebih mudah untuk kita membeli-belah. Ketika zaman pandemik ini, pergerakan lebih terhad dan kemungkinan untuk pergi beraya ke rumah sanak saudara juga kurang. Jadi, kita tidak perlu untuk membeli terlalu banyak bahan makanan sebagai persediaan untuk tetamu datang. Pakaian baru juga cukup dengan 1 set sahaja.
4. Beli-belah di kedai yang ada promosi diskaun
Musim Raya ni tentulah banyak kedai yang buat promosi Raya. Jadi kalau boleh berjimat, kenapa bayar lebih? Juga boleh gunakan peluang jika ada baucer, cashback, reward dan sebagainya!
5. Simpan duit Raya baik-baik
Tadi cerita tentang keluarkan duit dengan cara yang betul. Ini pula tentang cara nak simpan duit. Rugilah jika nak belanja semua duit Raya yang dapat, kan? Eloklah disimpan walaupun sedikit. Di mana nak simpan? Raiz kan ada! Untuk anak-anak berumur 17 dan ke bawah, ibu bapa boleh menguruskannya melalui akaun Raiz Kids. Dengan cara ini, anda boleh melabur duit itu untuk masa depan anak-anak anda.
Maklumat Penting
Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.
Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.
Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.
Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.
Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).