4 Mitos Tentang Pelaburan

Click here for English

 

Ramai di antara kita yang ingin membuat pelaburan tetapi terhenti atau terhalang disebabkan beberapa faktor. Dengar sahaja “pelaburan”, ramai yang takut dan kecut perut.

Ini mungkin disebabkan beberapa anggapan yang salah, lahir daripada pengetahuan yang kurang tentang pelaburan. Berikut adalah beberapa mitos berkenaan pelaburan yang anda patut tahu. Jom, kita belajar sama-sama!

 

1. Nak melabur kena banyak duit

Sebenarnya, semua orang pun boleh melabur!

Ramai di antara kita tidak melabur kerana beranggapan bahawa kita memerlukan duit yang banyak untuk melabur. Sebut sahaja pelaburan, terus terfikir “Bursa Saham”, “Wall Street”, “duit berjuta-juta”.

Terdapat banyak cara pelaburan yang membolehkan kita melabur dengan jumlah yang kecil. Contohnya, Raiz membolehkan anda melabur dengan hanya menggunakan duit baki daripada perbelanjaan harian anda. Ya, dengan duit baki pun anda boleh melabur!

 

2. Terlalu muda untuk melabur

Tiada sesiapa pun yang terlalu muda untuk melabur!

Bahkan, lebih awal anda bermula, lebih banyak kebaikan yang anda akan dapat. Perlu diingat bahawa pelaburan adalah untuk jangka masa yang panjang, dan bukanlah semata-mata untuk mendapatkan keuntungan secepat mungkin. Lebih panjang jangka masa anda melabur, lebih besar ‘compounding effect’ yang anda akan lihat.

 

3. Terlalu banyak risiko dalam pelaburan

Mesti pernah dengar cerita orang yang kehilangan duit kerana salah labur. Benar, dalam sesebuah pelaburan, mesti ada risiko. Ketahui apa risiko yang mampu anda ambil yang selari dengan matlamat kewangan anda. Anda mungkin boleh berjumpa dengan penasihat kewangan untuk mendapatkan nasihat.

Dan jangan lupa, sekiranya sesebuah ‘pelaburan’ itu menjanjikan pulangan yang kedengaran seperti tidak masuk akal, kemungkinan besar ianya “scam”. Jangan mudah tertipu. Yang paling penting, pastikan syarikat tersebut berdaftar dan mempunyai lesen daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Baca sini.

 

4. Perlukan banyak pengetahuan tentang pasaran

Benar, mempunyai ilmu pengetahuan adalah penting sebelum melabur. Tetapi kami juga faham, anda mungkin tidak mempunyai masa atau minat. Memadai dengan mempunyai pengetahuan am tentang kewangan dan pelaburan, yang lain, serahkan pada yang pakar! Banyak syarikat pengurus dana professional berlesen di luar sana – Raiz adalah salah satunya.

 


Maklumat Penting 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).