11 Peribahasa – Istimewa 11.11!

10-11-2021

 

1. Bertanjak baru tinjau

Sediakan dahulu senarai barang yang ingin dibeli!

 

2. Ukur Baju Di Badan Sendiri

Daripada senarai itu, sediakan budget untuk mengelakkan berbelanja melebihi kemampuan.

 

3. Semut mati kerana gula

Jangan rambang mata atas tawaran potongan harga yang rendah lalu boros berbelanja yang kelak akan menyusahkan hari-hari mendatang.

 

4. Sudah Terhantuk Baru Terngadah

Dah susah nanti, baru nak beringat-ingat.

 

5. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya

Jadi fikirkan masak-masak sebelum berbelanja supaya tidak menyesal kemudian. Terutama sekali barang-barang “kehendak”, bukan “keperluan”.

 

6. Sediakan payung sebelum hujan

Penting untuk kita sediakan tabung kecemasan juga. Takut-takut di waktu kecemasan, perlu guna duit yang banyak.

 

7. Gali lubang, tutup lubang

Jangan sampai berhutang baru untuk membayar hutang lama. Tiada berkesudahan.

 

8. Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis

Sentiasa berwaspada dan berjimat cermat dalam berbelanja supaya tidak susah pada kemudian hari.

 

9. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Dengan target yang ingin dicapai, akan sentiasa ada cara untuk menjayakannya. Tekad, usaha dan disiplin akan menjayakannya. Tiada alasan.

 

10. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

Tabiat menyimpan mungkin terasa sukar sekarang, tetapi pastinya akan berasa senang kemudian.

 

11. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit

Dengan disiplin menyimpan sedikit demi sedikit, lama kelamaan simpanan kita akan jadi banyak.

 

Bonus: Sambil Menyelam Minum Air

Rugi kalau berbelanja sahaja. Dengan fungsi auto-bundar aplikasi Raiz, sambil berbelanja, kita juga menyimpan dan melabur secara automatik!

 

 


Maklumat Penting 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).